SAD IDOL - Mencari Bintang Malap….

June 11th, 2008 by dz-vg83

Dsc00344Berikut adalah sekitar kenangan sesi pencarian SAD IDOL - Mencari bintang malap… hehehhe.. Siapa kata mereka tak pandai mengali….. terlebih gali lagi…

Dsc00865Juara….. betul-betul gali nie…

Dsc00870Timbalan Ketua Akauntan SADDsc00880Dsc00890_1 (Gangstar)  Dsc00729

Juri Jemputan - di datang khas..P5171798mereka pening!

Dsc00819_1 Dsc00820 Dsc00828 Dsc00866 Dsc00885 Dsc00868 Dsc00877 

GUNUNG MAT CINCANG, LANGKAWI

June 10th, 2008 by dz-vg83

Dsc00962 Mencatat sejarah pada 01/06/2008 aku telah menjejakkan kaki ke Gunung Mat Cincang, Langkawi dengan menaiki cable car tertinggi di Asia. Pengalaman pertama menaiki cable car tu pada mulannyer memang mendebarkan atau erti kata lain was-was lah juga nak naik tapi perasaan teruja tu mengatasi segalanya menyebabkan semangat berkobar-kobar menanti saat dan detik dapat menjejaki gunung tu dengan cable car. Bila dah dalam cable car dan perjalanan mendaki bermula sungguh menyeronokan bagi aku. Masa nie lah dapat melihat betapa semangat keberanian dan juga perasaan gemuruh di pamerkan mengikut keadaan masing-masing. Dimana yang semangatnyer kuat dia nampak relax tapi bagi sesetengahnyer yang gemuruh boleh lihat pelbagai aksi. Ada yang berpeluh-peluh nak menunggu sampai ke puncak. Ada yang lemah lutut longlai bagai nyawa melayang kot… Ada juga yang terjerit ( tak tahu ler jerit suka atau hilangkan perasaan takut). Dsc00955_1 Walau apa pun perasaan itu yang penting mereka akhirnya sampai ke puncak Gunung. Bila melihat betapa agungnyer ciptaan tuhan nie segala perasaan takut pada awalnyer menjadi satu perasaan yang mengagumkan… Perasaan betapa puas hati tak tergambar…. kiranyer berbaloi ler dapat naik dengan cabaran yang bukan calang-calangnyer…. Apa pun bagi semua peserta kursus fail meja dan mpk bahagian akaun, kastam sesi 2 …. Tahniah ler!!! kerana berjaya menawan puncak Gunung Mat Cincang. Tahniah juga kerana sebagai rakyat Malaysia kita telah berjaya merasai dan juga mengambil peluang menaiki Cable Car yang tertinggi di Asia.

Bila sampai ke puncak Gunung Mat Cincang, aku tertanya juga.. apa kisah kejadian Gunung Mat Cincang… dari pendengaran kengkawan mengatakan yang ianya terjadi dari sebuah kisah di zaman silam…. dimana ada dua kawan baik iaitu Mat Cincang Dsc00961_2dan Mat Raya yang menjodohkan anak mereka. Walaubagaimanapun pada majlis perkahwinan terjadi lah peristiwa yang tidak diingin bila anak lelaki kepada mat cincang berlaku curang, berlaku ler pergaduhan so ketika pergaduhan berlaku masing-masing telah bertukar mengikut kisahnyer dimana ada yang jadi Gunung Mat Cincang, Gunung Raya, Pekan Kuah, Belanga Pecah, Kampung kisap…. itu lah serba sedikit kisahnyer kot… Ini pun aku dengar dari org…. apa pun daripada apa yang dah dialami aku dapat rasakan yang negara kita terkenal dengan cerita-cerita sejarahkan… tak kisah ler ianya dongengan atau pun kenyataan.

Dsc00959_1Dsc00952_2

SEPI TANPA CINTA

May 25th, 2008 by dz-vg83

   

Salam… bertemu kembali. Kali nie aku nak kongsi satu pendapat dan maybe sedikit situasi yang mebelenggu kehidupan sesetengah manusia. CINTA? apa itu cinta? Adakah dengan memiliki seseorang bergelar kekasih kita dianggap bercinta? Atau cinta tu hanya satu perasaan berlandaskan nafsu? Atau cinta itu sekadar emosi yang terhasil dari rembesan hormon manusia? Macam-macam terjemahan boleh dikaitkan dengan CINTA,

    Namun hakikatnya masih ramai lagi diantara kita masih mencari makna cinta. Kadangkala kita merasakan kita jatuh cinta tapi dalam masa yang sama kita tak rasa yang kita terllau mencintai. Kadangkala kita tak merasai cinta tapi dalam bila kita fikirkan tindakan yang kita lakukan boleh menyebabkan kita meletakkan diri kita sedang jatuh cinta. Cinta itu selamanyer ker?

    Pernah tak kita merasakan takut kehilangan seseorang? Kita rasa sepi tanpa seseorang. Kita rasa tak seronok bila kita tak bersama mereka. Benarlah bahawa kita manusia nie di anugerahkan rasa cinta yang mendalam. Tapi sayang kadangkala perasaan cinta yang tidak tentu arah menyebabkan cinta tu mudah datang dan pergi. Kita mencintai bila merasa seseorang itu cukup sempurna dimata kita, semua indah bila orang itu kita cintai, tapi bila rasa suka itu tidak datang lagi segalanyer jadi semakin kelam. Kita mula rasa mudah marah, benci, meluat dan macam-macam lagi perasaan yang seangkatan dengannyer. Jadi dimana sebenarnya cinta? Tanpa cinta kita sepi….. ade cinta kita tak pernah puas…..

    Betulker cinta boleh buat kita terbang melayang semakin tinggi?

Aku juga rasa pernah jatuh cinta…. tapi kangkala aku rasa rimas dengan cinta. Cinta menjadikan kita kadangkala hipokrit. Terpaksa menipu demi menjaga hati org yang kita sayang, segala yang kita lakukan kadangkala terbatas. Adakah itu cinta?

Cinta yang betul2 belum aku rasa kan……

Bagaimana yer?

KURSUS TRAIN THE TRAINER

May 22nd, 2008 by dz-vg83

Dsc_0040 Gambar barisan Pegawai-Pegawai bagi Kursus Train The Trainer, Bahagian Akaun, KDRM Putrajaya

KERETA IDAMAN

May 21st, 2008 by dz-vg83

Picture3_1 

BENGKEL FAIL MEJA DAN MPK - LANGKAWI

May 21st, 2008 by dz-vg83

Nie lah gambar kenangan antara sahabat-sahabat dalam satu pejabat aku kat Bahagian Akaun, Kastam Di Raja Malaysia. Dsc00249_5

Kita orang pi bengkel kat Aseanea, Langkawi. Sambil menyelam kita tenguk air laut Langkawi tu… Habis Pekan Kuah kena langgar garuda dari SAD, KDRM. 

Macam-Macam Ada

March 2nd, 2008 by dz-vg83

Tenung, renung dan termenung….

1_276675086l_1 1_396697294l_1 1_415537455l 1_423242013l Dinz Dinz_2

UNDI

March 2nd, 2008 by dz-vg83

JANGAN KETINGGALAN MENGUNDI BERSAMA SAYA…

1_812112088l_11_812112088l_11_812112088l_11_812112088l_1

Pembelajaran, Pengalaman dan Pengajaran

November 26th, 2007 by dz-vg83

Hari ini adalah kenyataan, semalam adalah kenangan dan esok adalah impian. Kata-kata ini sering diperdengarkan, tapi mungkin ianya hanya satu baris kata-kata. Apakah hakikat kehidupan ini? Tak seorg pun tahu. Di sini ler saya ingin berkongsi sesuatu yang dapat saya pelajari dari istilah makna pembelajaran melalui pengalaman bagi memperolehi pengajaran. Kadangkala kata orang penghijrahan itu adalah sesuatu yang indah. Berhijrah dari satu cara hidup kepada cara kehidupan yang berbeza. tapi hakikat sebenar agak sukar di ramal. Adakah penghijrahan itu membawa kepada suatu kisah yang menarik atau pun mungkin penghijrahan tu membawa kita semakin sukar mengenali apa kemahuan dan kehidupan. Demi mencari ilmu dan juga rezeki yang baik saya berhijrah. dari satu kawasan yang menjadi tanah tumpah darah kepada satu kawasan baru yang lebih mencabar dan serba ada. Mungkin dulu saya hanya memikirkan tentang kehidupan harian yang di lalui. Kini bila saya telah menimba pengalaman di tempat baru baru lah saya tahu. Walau hujan emas di tempat org dan hujan batu di tempat sendiri adakala kebaikan terletak di tempat di mana walau pun mungkin ganjaran tidak setimpal tapi kita berada di samping orang2 yang selalu memberi perangsang. mengambil berat pasal diri kita. itulah keseronokan yang mungkin sukar utk di gambarkan. apa pun kehidupan harus diteruskan. walau sesukar mana pun kehidupan kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Belajarlah dari pengalaman yang kita lalui demi kebaikan dalam membuat keputusan agar kita beroleh pengajaran hi hujungnya.

Makna Kehidupan - 24 Tahun

September 1st, 2007 by dz-vg83

Tanpa sedar masa berlalu bergitu deras. Seperti tiupan taufan yang datang begitu pantas. Namun apa yang di cari masih belum juga ditemui. Apa kah makna kehidupan? tak juga dijumpai makna kehidupan itu…. kerana kehidupan yang di lalui terasa kosong tanpa ade makna yang mampu di huraikan dengan kata-kata. Keindahan sebuah kehidupan itu mungkin terletak di sudut keriangan hati. Di sudut saat-saat hati melakarkan kuntuman senyuman. Tapi itu semua bersifat sementara. Esok mungkin tiada lagi senyuman itu. Mungkin tangisan pula mengiringi. Itu semua rasa kehidupan…. ade macam-macam rasa kehidupan tapi dimana makna kehidupan itu hanya masa dan waktu yang mampu menghuraikanyer….

Selama 24 tahun kehidupan yang telah aku lalui. pelbagai cerita dan juga kisah hidup telah melakar dalam hidup aku, cerita pasal kehidupan diri sendiri, keluarga, kawan yang datang dan pergi, kenangan-kenangan hidup, kerjaya yang digalas, matlamat hidup, orang-orang yang di sayangi, cinta sebenar, kisah duka, dan juga detik-detik rutin harian yang di lalui. Masih terus di lalui kerana nafas masih beralun… bilakah tamatnyer detik menghitung usia itu… hanya TUHAN yang tahu.

Semoga diusia yang semakin bertambah ini kehidupan aku akan lebih bermakna. Buat kengkawan yang mendoakan akan lanjutnyer usia ku ini jutaan terima kasih ku lakarkan. Terima kasih kerana bersama-sama menghitung detik usiaku yang semakin matang. Semoga kehidupan kalian juga akan terus bermakna di samping apa jua impian yang di lakar dan orang-orang yang disayang.